Nak kahwin ka tidak?
“Ada peminangan serius ngan ko.ko mau ka”
Oh tidak. Jiwaku rasa tersentap tapi macam malas nak fikir sangat sebab aku rasa macam mesej tu saja2 kenakan aku. Dan aku ambil keputusan untuk ignore saja memandangkan kredit pun tiada. Lepas beberapa minit, aku keluar pegi kedai beli lauk, belilah topup sekali sebab perasaan ingin tahu pasal mesej tadi masih ada ciput lagi.
Aku topup, aku balas mesej my sis, tapi tak berbalas. Ok tak pa. Mood pulak agak baik hari ni. Buat lah kerja seorang suri rumah. Menjadi mak cik solehah dan adik yang berjasa. Wah. Ni bukan masuk bakul lagi. Dah masuk tong.
Ok sambung... petang petang kerja dah settle, aku terdengar fon berbunyi ~tenenene tenenene tenenenene~ SILA BUAT BUNYI NOKIA. Oh kakak ku telefon. Menyampaikan berita...
“ ko mau ka kalau ada mau sama kau. Orang nya pun berpelajaran, satu kampung, pendapatan pun ok,bla bla bla”
Uh.. siapakah orang itu, sangat menjadi tanda soal di kepala wotak ku. Sekali dia kata “Si Dedi”
Ahahahahahahahahahahahawakakakakakmuahahahahaahuhuuhuhu - boleh kah gelak macam itu?
Alamak kadang2 aku terfikir adakah ini panggilan hangit?wakenabeb ataupun One In A Million (erkk ada kaitan kah?).....Well aku tergamam seketika.. orangnya memang aku kenal sangat sebab aku membesar sama2 dengan adik nya. Bukan dia ok sebab dulu masa aku stay di kampong dia jarang ada disana tapi aku memang sangat2 kenal family diorang sebab mak ayah diorang tu sepupu sepapat mak ayah aku jugak. Dah nama pun satu kampong, tipulah kalau tak rapat kan.
Tapi aku macam tak boleh terima lah, sebab terlampau banyak lagi yang perlu aku kejar. Hidup bujang masih belum puas tapi mau buat macam mana kan kalau jodoh sudah sampai maka aku akan akur menurut kehendak mak ayah tapi selagi aku boleh mengelak. Selagi tu lah aku akan bagi 1001 alasan. Dilemma jugak bila bapak aku dah setuju. Tak terima kang dia kata aku tak sayang pulak. Adehhhhh.... what shud i do.. aku just anggap dia macam abang aku je..
Ni lah Si Dedi itu. Curi di facebook .
salam nak tanye.yang ringtone nokia tenenene tuh ape nama dia yer? kelakar tiap2 kali dengar
ReplyDeletenama dia nokia tune.. huhuhu
ReplyDelete