Khurafat : dari pandangan kasar matahati ku



Aku pun nak buat review jugak la macam dia ni. Sebab aku baru tengok semalam(20 Jan) dengan kawan yang entah bagaimana boleh terserempak pulak. Rezeki kot sebab orang belanja.. muah muah muah muahaha.. Orang beli, aku tumpang tengok saja.

Bagi aku, cerita ni bukanlah hebat sangat seperti yang dicanangkan tapi kalau menurut aku plot cerita agak boleh boleh lah jugak sebab ending yang tidak dijangka. Cuma masih banyak kekurangan dari pandangan mata kasar ku yang terlalu mementingkan kelogikan. Bak kata caller HOT FM pagi tadi, katanya filem ni macam memperbodohkan penonton. Setuju aku disitu kerana logic kah ofis dia tu nyala lampu satu je. Kawasan lain semua gelap. Aku ni pun tak pernah lagi terlantar di hospital tapi setahu aku bukan lah hospital itu sebegitu rupa di malam hari. Kelakar ok

Satu lagi yang aku kurang senang pabila setiap kali hantu muncul lepas tu hilang macam tu. Pandai pulak hantu main sorok sorok ya? Lupa pulak kan.. masa dia kecik dia teringin sangat kot main ‘hide & seek’ tapi tak kesampaian sebab mati awal.
Setiap kali scene hantu muncul. Aku gelak je sebab dengar orang menjerit keterkejutan. Dah tahu pun nak tengok cerita hantu, ready je lah. Haiya.

Huh kalau nak komen..sampai ke hujung tahun depan pun takkan habis. Mungkin aku ni bukan orang yang arif untuk mengkritik terlalu lalu tapi sebagai penonton, aku rasa banyak sangat kekurangan. Ini pandangan aku lah. Pandangan orang lain mungkin lain.
Cerita ni aku bagi 2 * lah.. ok lah tu daripada tiada langsung

Comments

Popular posts from this blog

Berak merata - rata!!!

jemputan kahwin

Aku Berfoya-foya