Posts

Showing posts from 2013

Ada FBI Mau Datang Rumah

Image
Assalamualaikum.. Tiba tiba rasa mau menaip cerita pulak. Saja.. bosan pulak kan. At the same time, jiwa tengah haru biru. Resah gelisah cewah! Fikiran asyik menerobos memikirkan hari esok, bukan sebab fikir mau buat persiapan sempena Deepavali. Tak eh! Sebab besok antara hari pencetus permulaan segala-galanya. Wah, ayat nak gempak je beb.  Hemm.. sebenaqnya, esok hari perisikan antarabangsa (lah sangat!). Hehe.. pihak lelaki datang ke rumah untuk merisik anak dara Pak Cik Tyongkeng yang seorang ni. Tinggal dia jak yang belum kahwin. huhu.. Seram beb..Tomorrow..Hopefully, everything will be alright. Walaupun hati ni sedang berperang dengan jiwa, antara harapan dan kenyataan. Harapnya harapanlah yang menang terus menjadi kenyataan untuk melengkapkan impian. Hehe.. poyo gila minah ni punya ayat kan? Suka ku lah... mau minta puji sekejap. Harap besok, perbincangan berjalan dengan lancar. Ya Allah, hatiku sungguh berdebar saat ini. Tenangkanlah ia.  Sesi menunggu hari esok yan

Kehilangan Orang Yang Ku Cinta

Image
Assalamualaikum w.b.t Raya tahun ni kami sekeluarga sambut dengan sederhana sebab mak ku tak sihat. 5 hari sebelum raya mak memang sudah terlantar di katil.. kali ni memang sudah x boleh bangun langsung. mak selalu mengeluh kesakitan di kepala dan pinggang.. sekali sekala istighfar. Alhamdulillah dalam keadaan sakit mak masih ingat pada Allah. Malam Raya - mak terbaring tapi aku yakin mak sedar yang kami sekeluarga semua ada dirumah membuat persiapan. Tahun2 sebelumnya mak la yang sibuk didapur siang dan malam sediakan juadah raya.. kami cuma tolong apa yang patut jak. Tahun ni kami yang take over.. mak pulak yang 'berehat'. Untuk pertama kali dalam hidup aku handle rebus buras/burasak 3 periuk.. tambah lagi masak di dapur kayu.. walaupun leceh tapi semangat. Yang lain masing2 dengan tugas. Menantu baru pun join jugak. Pagi Raya - Kami semua pegi sembahyang raya.. lambat sikit, dapatlah sof paling belakang.. dengan dengan tangga. Sambil dirumah tinggal 3 orang. K.Ondan

iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris - Hari Raya

Image
Hari raya genap sudah sebulan berpuasa Hari raya mari ramai-ramai kita gembira Di hari raya kita saling bermaaf-maafan Hari raya mari ramai-ramai jemput ke rumah Sesudah sebulan kita berpuasa Menahan lapar dan juga dahaga Erti puasa memberikan kita Nikmat sebenar hari aidilfitri Hari raya genap sudah sebulan berpuasa Hari raya mari rama-ramai kita gembira Di hari raya kita saling bermaaf-maafan Hari raya mari ramai-ramai jemput ke rumah Mari balik kampung Jumpa ayah ibunda Mari balik kampung Kita rai lebaran Hari raya genap sudah sebulan berpuasa Hari raya mari rama-ramai kita gembira Di hari raya kita saling bermaaf-maafan Hari raya mari ramai-ramai jemput ke rumah
Image
Assalamualaikum... Hari ni hari terakhir di bulan Sya'ban maka besok akan masuklah bulan Ramadhan.. bulan yang sungguh mulia dan bulan untuk beribadah lebih dari bulan2 yang lain.. rindu sangat mau berpuasa di tempat kerja lama sebab rasanya seumur hidup aku sambut bulan Ramadhan, disitulah yang paling2 best... tarawih pun kira paling banyaklah sebab rumah 5 meter jak dari masjid hehe.. khatam quran pun dapat. memang berabis pulun lah.. So tahun ni macam mana lah pulak.. harap2 walaupun x se best di sana.. tapi cuba jugak untuk kejar ibadah banyak2.. Insya Allah... mau banyak2 kan berdoa supaya hati keluarga dapat dilembutkan untuk terima pilihanku.. mudah2an dipermudahkan urusan.. kuatkan semangat mak ku supaya dia dapat menahan sakitnya. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak. Jom Kejar Ibadah sebanyak mungkin.

Ziana Zain - Kasih Ku Pertahankan

Image
Akan ku cuba pertahankan kasih kita selagi mampu.

Terima Kasih Atas Segalanya

Image
Assalamualaikum warahmatullah... Terima kasih Allah atas kebahagiaan yang telah kukecapi sehingga ke hari ini. Semoga aku terus tabah dan ikhlas menjalani dugaan hidup. Terima kasih juga Ya Allah kerana memberikan musibah/kesusahan agar aku lebih menghargai nikmat yang telah Kau berikan padaku.. Terima kasih ibu atas pengorbanan serta kasih sayangmu yang tidak berbelah bahagi. Membantu kami tidak kira situasi. Menjadi inspirasi kami. menjadi kekuatan kami.. terima kasih yang tidak terhingga. Betapa beruntungnya kami mempunyai ibu seperti ibu. Semoga ibu ku diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan sehari harinya. Ampunkan aku ibu kerana saat ini aku tiada disisimu untuk menjagamu.. menyiapkan makan minum mu.. menukar pampersmu.. memandikanmu.. dan membersihkan dirimu selepas membuang air besar.. aku hanya mampu datang pada hujung minggu sahaja.. Dan aku harap semoga aku dapat berada disisimu setiap masa untuk manjagamu ibu. Ampunkan aku juga ayah andai sekiranya aku telah banyak

mood PRU13

Image
Kalau iya pun kamu mau berkempen situ sana sini.. Kempenlah dengan telus dan jujur.. Janganlah sampai main sabotaj2.. isk.. sama jak semua diorang ni.. mesti ada unsur kotor.. yang sana buruk sini, yang situ buruk sana.. macam mana mau bersatu..

Cerita kahwin

Image
Assalamualaikum Ndak pasti lah ini cerita lawak kah atau biasa jak... Biasa jak kot... Dulu aku pernah post pasal mamat ni di sini .. Dan mamat ni sekarang sudah pun berkahwin dengan minah ni. Adik ipar Amy Search tu.. jangan main main. Memandangkan mamat ni memang keluarga terdekat aku.. Kenalah pegi kan tapi dapat pegi masa petang dan malam jak.. Ndak dapat membantu.. biasalah kampung ku wajib berewang.. Tapi sebab Sabtu pun kerja half day so dapat balik jam 12.30 tengahari.Sampai kampung pun sudah petang sikit. Pegilah kami beramai ramai dengan kak Qam, Kak CT, Abang Alang, Nazwa & Kak Jum. Datang pegi makan jak.. bagus kan?? Balik lah kejap jam 5 begitu tapi belum dikasi lepas sebab harus mendendangkan barang 2 buah lagu.. apa lagi Kak CT lah yang bertanggungjawab. Then malam kita pegi lagi tapi kali ni lagi dahsyat lah.. huhuhu ndaklah dahsyat sangat pun.. Cuma mula mula tu agak bosan lah dengar penyanyi band yang sumbang mambang.. Ow by the way.. Kalau di Sabah n

First entry after a year

Image
Assalamualaikum.... Pergh.. memang sudah lama aku tinggalkan blog ini bergelandangan.. Apakan daya, tempat kerja dulu tidak mengizinkan.. post ni pun sekadar menghilangkan boring.. Sekarang aku di tempat baru lagi... kali ini surroundingnya construction pulak.. so.. banyak jugak yang perlu belajar.. So far ok lah... Walaupun banyak hal yang terjadi tapi aku tetap bersyukur dengan semuanya.. kesedihan, kegembiraan dan syukuy aku punya keluarga yang sangat banyak membantu time susah dan senang. Terima kasih ibu dan bapa. Kawan2 yang baik2, jiran2 yang mengambil berat. Susah untuk lupakan kenangan manis di tempat kerja lama.. tapi kadang2 kita perlukan perubahan. Cinta hati pun terpaksa ditinggalkan. Sangat berat semuanya.. sebab sudah terbiasa pegi mana sama2 tapi kali ni cuma dapat berhubung melalui telefon saja. Jumpanya... sebulan 1/2 X..depends pada keadaan.. Tapi kata orang alah bisa tegal biasa.. mungkin masih baru lagi.. mungkin dalam setahun ok lah kot sudah... lama tu.. My