Feb 21, 2014

Cerita Dunia Baru

Assalamualaikum..

Baru teringat yang aku ada blog.. sebab tau jugak, tiada yang baca kan.. Cuma saja buang2 boring. Menulislah.

Banyaknya perkara yang terjadi dalam hidup sepanjang 2013 sampailah ke hari ni.

Mei 2013 - Abang kahwin
Ogos 2013 - Mak meninggal

dan sekarang aku pun sudah masuk ke alam berumah tangga..

Life's begin on 14th Dec 2013. Finally hari yang ditunggu2 telahpun tiba. Perasaan di awal pagi sebelum bernikah sangatlah gabra. Tetiba pulak adrenalin bergerak pantas. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun c boipren 2kali lafaz. Sampai ke hari ni, kami masih tinggal berasingan disebabkan keadaan yang belum mengizinkan. Tapi kami cuba untuk relax. 

Sungguh asing ya bila ada orang lain dalam hidup selain daripada keluarga sendiri. Sekarang sudah punya 2 keluarga. Selepas pemergian mak, nampaknya aku ada mak baru, mak mentua... janggalnya panggil mak orang lain sebagai mak tapi alah bisa tegal biasa. Adik2 ipar pulak.. masih kecik2.. Mujur sudah biasa dan selesa dengan budak2. Sudah 2 bulan lebih menjalaninya.. Aku sedaya upaya cuba untuk membiasakan diri, sebab memang dari kecik aku tidak pernah tinggal dengan orang lain. Harap2nya diorang boleh terima aku seadanya. 

Sebenarnya cerita awal perkenalan aku dan suami agak pelik, dan macam mana aku boleh tersangkut dengan dia pun mungkin tidak masuk akal bagi sesetengah orang sebab pada mulanya memang aku terima dia pun hanya untuk saja2. Tak pernah langsung terfikir mau jadikan dia sebagai suami tapi orang kata tak kenal maka tak cinta. So, macam mana aku boleh terpikat dengan dia.. maybe aku cerita next time jak lah, sebab aku kena kemas2 mau balik tempat suami. Macam ni lah weekend aku. Dulu minggu2 balik kampung jak tapi sekarang suami adalah priority. Ahad nanti baru balik kampung. Bapak pun xboleh jugak lupa kan.. Tanggungjawab sebagai anak masih lagi digenggam walaupun sudah dibahagi2kan.

Sekian sampai sini dulu.

Assalamualaikum

Nov 1, 2013

Ada FBI Mau Datang Rumah

Assalamualaikum..

Tiba tiba rasa mau menaip cerita pulak. Saja.. bosan pulak kan. At the same time, jiwa tengah haru biru. Resah gelisah cewah! Fikiran asyik menerobos memikirkan hari esok, bukan sebab fikir mau buat persiapan sempena Deepavali. Tak eh! Sebab besok antara hari pencetus permulaan segala-galanya. Wah, ayat nak gempak je beb. 

Hemm.. sebenaqnya, esok hari perisikan antarabangsa (lah sangat!). Hehe.. pihak lelaki datang ke rumah untuk merisik anak dara Pak Cik Tyongkeng yang seorang ni. Tinggal dia jak yang belum kahwin. huhu.. Seram beb..Tomorrow..Hopefully, everything will be alright. Walaupun hati ni sedang berperang dengan jiwa, antara harapan dan kenyataan. Harapnya harapanlah yang menang terus menjadi kenyataan untuk melengkapkan impian. Hehe.. poyo gila minah ni punya ayat kan? Suka ku lah... mau minta puji sekejap.

Harap besok, perbincangan berjalan dengan lancar. Ya Allah, hatiku sungguh berdebar saat ini. Tenangkanlah ia. 
Sesi menunggu hari esok yang akan jadi amat panjang daripada hari hari lain. Selamat Menunggu Cik Tina.
Sekian. Wasalam.

Aug 26, 2013

Kehilangan Orang Yang Ku Cinta


Assalamualaikum w.b.t

Raya tahun ni kami sekeluarga sambut dengan sederhana sebab mak ku tak sihat. 5 hari sebelum raya mak memang sudah terlantar di katil.. kali ni memang sudah x boleh bangun langsung. mak selalu mengeluh kesakitan di kepala dan pinggang.. sekali sekala istighfar. Alhamdulillah dalam keadaan sakit mak masih ingat pada Allah.

Malam Raya
- mak terbaring tapi aku yakin mak sedar yang kami sekeluarga semua ada dirumah membuat persiapan. Tahun2 sebelumnya mak la yang sibuk didapur siang dan malam sediakan juadah raya.. kami cuma tolong apa yang patut jak. Tahun ni kami yang take over.. mak pulak yang 'berehat'. Untuk pertama kali dalam hidup aku handle rebus buras/burasak 3 periuk.. tambah lagi masak di dapur kayu.. walaupun leceh tapi semangat. Yang lain masing2 dengan tugas. Menantu baru pun join jugak.

Pagi Raya
- Kami semua pegi sembahyang raya.. lambat sikit, dapatlah sof paling belakang.. dengan dengan tangga. Sambil dirumah tinggal 3 orang. K.Ondang, K.Qam, K.Jum. buat persiapan dan siapkan mak.. mak pakai baju warna hijau kesayangannya yang selalu dicari.. Akhirnya ketemu jugak di pagi raya. Kami balik dari masjid dan bersalam-salaman dengan penuh hiba sebab mak cuma mampu mendengar dari katilnya. Kami berpelukan dan bermaaf-maafan. Sempat lagi kamu beraya ke 3 buah rumah keluarga. Bapak tinggal seorang temankan mak dirumah. Tak lama jugak beraya sebab mak mesti ditemankan.

Alhamdulillah ada jugak keluarga yang datang beraya melawat mak. Masuk sebelah petang, keadaan mak sudah tidak berapa stabil. Nafasnya berubah. Lalu kami berbincang untuk menghantar mak ke hospital. Dalam masa yang sama bapak sebenarnya keberatan untuk memberi izin kerana dia tahu yang mak memang sudah tidak akan lama hidup. Bapak mahu mak dirumah sahaja sebab tidak mahu mak sakit tapi ayah akur sahaja sebab kami masih lagi mahu berikhtiar. Dialog bapak yang masih dan akan terus aku semat diingatan ialah "Ndak lama mak mu ni, ndak sampai mungkin maghrib". Naluri seorang suami.

Sampai di hospital, doktor membuat andaian awal bahawa mak hanya kekurangan gula dan air.. Sejam selepas itu sample darah diambil, bermula saat itulah hati mulai tidak tenteram bila doktor sudah mengesahkan bahawa jangka hayat mak tidak akan lama kerana warna darah sudah berbeza dan tidak mempunyai khasiat lagi. Kami semua masuk ke tempat mak diletakkan. Melihat wajah mak membuatkan sedih kami tidak terbendung lagi.. Teresak-esak. Melihat mak menghadapi saat-saat terakhir adalah suatu pengalaman yang perit tapi harus ditelan. Doktor perlukan keputusan kami segera untuk memberhentikan rawatan. Abangku mahu dibawa ke Hospital Sandakan tapi kami menasihatinya agar perlu redha dengan ketentuanNya. Kami diminta keluar untuk memberi ruang pada pihak hospital meneruskan rawatan. Beberapa minit selepas itu, lebih kurang 6.20 petang, doktor pergi kepada kami dan memaklumkan bahawa mak memang tidak dapat lagi diselamatkan. Kami meluru masuk melihat mak. Hanya airmata dan bacaan Yaasin dan Al Fatihah yang diiringi. Memaklumkan segera kepada ahli keluarga yang tidak dapat hadir.

Sesampainya kami di rumah lebih kurang jam 9.00 malam, ramai orang kampung yang sudah menunggu. Peralatan untuk pengurusan jenazah juga hampir semua tersedia. Adik beradik akan dikumpul terlebih dahulu untuk memandikan jenazah pada keesokan harinya. Akhirnya mak disemadikan selepas Solat Jumaat dan alhamdulillah wasiat mak untuk melihat kami semua berkumpul tercapai walaupun pada hari terakhir mak di muka bumi.

Semoga mak tenang di sana. Kami akan selalu mendoakan mak dan menyedekahkan mak dengan ayat suci Al-Quran. Kami akan sentiasa merindukan mak dan mengenang jasa mak kepada kami seluruh keluarga.. Mak sangat baik dan sentiasa ada di hati kami.