Posts

Showing posts from October, 2011

Geram + Bosan

Image
Assalamualaikum... Ya memang aku geram dengan seorang hamba Allah ni. Bukan nak bersyukur atau berterima kasih dengan apa yang ada malah tiap2 hari mengeluh dengan ketidaksukaan dan ketidakselesaannya dengan tempat kerja yang baharu. Aku sudah rekomen kau kerja dengan tempat kakak aku pun dah cukup baik. Aku tolong kau ikhlas sebab aku tahu kau memang sangat memerlukan tapi bukan untuk aku dengar keluhan kau tiap masa. Aku ndak minta pun kau hargai aku pun sebab aku tahu manusia yang kemaruk dengan penghargaan takkan pernah rasa bersyukur. Aku cuma nak kau gembira dan bersyukur sebab ada peluang untuk diri sendiri memajukan diri. Daripada kerja yang bukan2 baik kau kerja dengan tempat yang bukan sahaja untuk dapatkan duit tapi sekaligus dapat ilmu yang InsyaAllah berguna untuk akhirat. Aku ndak fahamlah cara kau berfikir ni... sikit2 ndak selesa, sikit2 ndak suka, ndak serasi sebab luar daripada bidang lah itulah inilah... Aku bosanlah orang yang macam kau ini. Bersyukurlah sikit

Kuning & Merah

Image
Assalamualaikum... Hari ni aku pegi USJ Taipan. Alaa ndak jauh pun dari rumah.. jalan kaki jak.. Kenapa aku harus ke sana?? Sebab mau buat kad atm baru untuk maybank sebab sudah hilang hari Isnin, 10 hari yang lepas.. Sangat lambat aku uruskan sebab aku sedar kad hilang pun hari Sabtu, time tu mau check dalam tu ada duit ka ndak. Sekali dah sampai depan atm mesin baru terhegeh hegeh cari kad. Time tu baru prasan yang kad sudah hilang.. Hadoi.. cuak cuak jugak la sebab malasnya mau buat lagi.. kad tu aku rasa hilang time aku mau cucuk duit dalam bank islam tapi termasuk kad maybank.. Itulah last aku tengok kad tu. Mau ndak mau kena jugak buat.. Rupanya dalam malas malas mau pegi bank tu ada hikmah.. Umm hikmah la sangat. Masa pegi bank tadi.. incik yang entertain aku tu adoi punyalah hengsomm.. tapi jambu jambu sikit lah. Walau bagaimanapun dia tetap hengsomm di mataku..hehe.. sudahlah hengsomm, baik, friendly pulak tu. Siap tanya aku macam macam lagi. Yang paling best tu dia kat

Berkalung robe bermahkotakan mortar board

Image
Assalamua'alaikum w.b.t cerita hari ni pasal UNISEL's convocation day. Mau cakap my convocation day macam kurang tepat pulak sebab konvo ni untuk para graduasi, bukan untuk aku sahaja. Ok, back to our main topic... selama almost 3 years aku tunggu finally konvo jugak aku. Perasaannya lain macam.. entahlah happy pun ada, macam tak percaya pun ada sebab momen masa first register dulu masih terbayang bayang lagi. Tiap saat aku teringat macam mana kalutnya berdepan dengan dunia baru yang aku lalui. Sekarang ni, sudah berakhir semuanya.. Entahlah bila aku akan dapat rasa lagi perasaan tu. To be honest, aku sangat rendah diri dan malu yang amat amat sebab most of classmate aku dulu dah sambung degree waima aku masih di tahap ini. Aku cuba jadi positif tapi tidak setiap masa aku boleh. Dah dah lupakan pasal curhat. Balik pasal konvo.. hari tu dapat jumpa ramai orang, classmate, coursemate, teammate, soulmate dsb. Dah lama tak dapat jumpa diorang cuma agak terkilan sebab aku meng

Kembali Terjalin

Image
Assalamualaikum kepada sesiapa saja yang membaca entri ini.. ikutkan hati aku memang sudah malas mau tulis apa apa dalam blog ni.. sebab bagi aku, blog ni tidaklah sehebat blog orang lain yang banyak follower atau silent reader.. takkan ada siapa yang mau baca. Tapi hari ini saja saja jak mau tulis.. mau luahkan perasaan. Agak lama jugak aku ndak update blog ni. Tau tau saja lah kampung ku itu.. line telefon pun payah.. Jadi aku mau kumpulkan cerita cerita sepanjang aku di sana. Last update masa aku pegi KL settlekan audit konvo. Sekarang dah pun konvo. Sepanjang aku di kampung tak banyak kerja yang aku buat. Sibuk pun kadang kadanglah.. masa raya jak.. yang best tu dapat jumpa kawan kawan sekolah menengah. dapat beraya dengan diorang. Bergelak ketawa. Selebihnya habiskan masa dengan memerap di rumah. Walaupun bukanlah langsung tak keluar rumah, kalau ada hal mustahak tu pegilah bandar jugak. Perjalanan dari kampung ke bandar pulak, bagai nak menyabung nyawa. Mana taknya, jalan ray