Geram + Bosan

Assalamualaikum...
Ya memang aku geram dengan seorang hamba Allah ni. Bukan nak bersyukur atau berterima kasih dengan apa yang ada malah tiap2 hari mengeluh dengan ketidaksukaan dan ketidakselesaannya dengan tempat kerja yang baharu.

Aku sudah rekomen kau kerja dengan tempat kakak aku pun dah cukup baik. Aku tolong kau ikhlas sebab aku tahu kau memang sangat memerlukan tapi bukan untuk aku dengar keluhan kau tiap masa. Aku ndak minta pun kau hargai aku pun sebab aku tahu manusia yang kemaruk dengan penghargaan takkan pernah rasa bersyukur. Aku cuma nak kau gembira dan bersyukur sebab ada peluang untuk diri sendiri memajukan diri. Daripada kerja yang bukan2 baik kau kerja dengan tempat yang bukan sahaja untuk dapatkan duit tapi sekaligus dapat ilmu yang InsyaAllah berguna untuk akhirat.

Aku ndak fahamlah cara kau berfikir ni... sikit2 ndak selesa, sikit2 ndak suka, ndak serasi sebab luar daripada bidang lah itulah inilah... Aku bosanlah orang yang macam kau ini. Bersyukurlah sikit dengan rezeki yang Allah bagi tu. Aku tahu memang kau ndak biasa dan ndak suka jadi admin, kau suka mengajar, jadi cikgu tapi ndak bolehkah perlahan2 belajar terima apa yang ada dulu. Aku ndak rekomen kau kerja tempat tu kalau aku ndak percaya dengan kebolehan kau tapi kau sendiri sudah mengalah dengan keadaan. Ramai lagi di luar sana yang mahukan kerja ini, jadi bersyukurlah. Semua orang ndak bernasib baik macam kau. Tempat tinggal disediakan, ndak perlu naik kenderaan awam, kau boleh pilih kau mau ikut siapa untuk pergi kerja. Apa lagi yang ndak cukup. Manusia ni memang takkan pernah cukup dengan nikmat yang diberi. Kesusahan yang sedikit itu dicanang2kan tetapi kesenangan yang banyak itu dibutakan.

Aku harap kau boleh terima dengan terbuka satu hari nanti sebab aku sudah terangkan kau dari awal2 dulu lagi sebelum aku offer kau. Memang kerja kau admin bukan cikgu. Aku sudah bosan dengar keluhan orang yang ndak pernah bersyukur ni. Belajarlah untuk jadi yang lebih terbuka tabah dan matang dalam berfikir. Ndak semua yang kita angankan itu pasti kita dapat.

 
boleh tak aku bagi kau tshirt ni supaya kau sedar diri sikit hehe..

Emo sangat dah ni..

Ok Ok cool down... take a deep breath..


Comments

  1. bertenang la syg...hahaha..bese la tu smua kn mnusia nye prangai...huhu...bnyk kan bersabar....

    ReplyDelete
  2. urmm.. sabarla ni.. kalau tak.. dah lama hentak kepala dia

    ReplyDelete

Post a Comment

katanya

Popular posts from this blog

Berak merata - rata!!!

Pecah Dara

jemputan kahwin