Posts

Showing posts from January, 2011

Nak kahwin ka tidak?

Image
Tepat  11.31 pagi, aku terima mesej dari kakak ku yang pakai no mak ku. Mesej berbunyi “Ada peminangan serius ngan ko.ko mau ka” Oh tidak. Jiwaku rasa tersentap tapi macam malas nak fikir sangat sebab aku rasa macam mesej tu saja2 kenakan aku. Dan aku ambil keputusan untuk ignore saja memandangkan kredit pun tiada. Lepas beberapa minit, aku keluar pegi kedai beli lauk, belilah topup sekali sebab perasaan ingin tahu pasal mesej tadi masih ada ciput lagi. Aku topup, aku balas mesej my sis, tapi tak berbalas. Ok tak pa. Mood pulak agak baik hari ni. Buat lah kerja seorang suri rumah. Menjadi mak cik solehah dan adik yang berjasa. Wah. Ni bukan masuk bakul lagi. Dah masuk tong. Ok sambung... petang petang kerja dah settle, aku terdengar fon berbunyi  ~tenenene tenenene tenenenene~ SILA BUAT BUNYI NOKIA. Oh kakak ku telefon. Menyampaikan berita... “ ko mau ka kalau ada mau sama kau. Orang nya pun berpelajaran, satu kampung, pendapatan pun ok,bla bla bla” Uh.. siapakah orang itu, sangat

Artis yang ada baubau bacin denganku

Image
Entry kali ni pasal diri aku jugak.. asyik2 pasal aku kan... korang bosan tak? tak? betul ni? ok aku sambung lah.. SENGAL Sebenarnya aku takde pun family yang bergelar selebriti/artis ni cuma kawan & orang terdekat je.. Now, let's go to the first one. Siapakah insan tersebut?? teng teng teng.. NORA AF4 (ye tau tau, dia tak popular mana, mesti ada yang tak sedar kemuncula dia dalam AF) How : Dia ni cousin kepada schoolmate aku masa sekolah menengah, namanya Syafikah.  Pernah sekali aku jumpa Nora AF4 ni di Show Gempak Selebriti Astro di Alamanda Putrajaya. Masa tu aku pun baru jejak bumi Semenanjung Malaysia.  Masa part minta signature artis tu sempat la jugak borak dengan dia ni tau tau orang belakang dah lama tunggu. hehe... tapi paling sampah sekali guard dia yang lebih lebih nak sound. Huh...  Second artist pulak..... ERRY PUTRA Pelakon & penyanyi  How : Ok macam ni, bff aku yang namanya Suraya ni ada seorang bf, bukan 2 atau 3 ok. Pendek cerita _akumemangpen

Tangga 25

Image
Pagi2 buta ni aku terpanggil untuk pergi ke SINI ... aku pun menteliti satu persatu... Waa... most of it IPTA.. terbit rasa cemburu dan terkilan sebab tak dapat masuk IPTA. hanya masuk Unisel jep.. tapi tak apa lah kan... mana2 pun sama saja. Apa yang penting kerjasama  niat nak menimba ilmu tu. Walau tinggi mana pun pencapaian  sesebuah universiti itu kalau kita sendiri tak berusaha tak boleh juga kan _ceh ayat sangat nak mensedapkan hati je_ anyway walaupun dapat no. 25.. adalah juga. Ko ada? Apapun terima kasih warga pendidik Unisel kerana telah membuka peluang untuk aku menimba ilmu dan merasa pengalaman bergelar Uniselian

Nak kahwin ka tidak? Version 1

Image
Kenapa mesti aku letak Version 1, kenapa tak version 2? Sebab..... suka hati ku lah.. hehehe... macam nak mendapat je ayat tu kan? Sabar tuanpuan bawak bertunang  bertenang oke. Version 1 ini hanya nak mengulas hal yang INI . Sejurus selepas aku mendapat berita peminangan tersebut yang membuat jiwa ku jadi dua, aku pun berfikir untuk berbincang dengan kedua kakak dan abang yang paling aku rapat ini. Aku mengharapkan agar mereka menyokong aku untuk tidak menerima, akan tetapi sangkaan ku meleset......... diorang pulak yang excited semacam. bukan main beriya lagi. Siap cakap.......... "Jadi bila lah ni?" - said Kakak "Mesti meriah sebab parents dia orang yang berpengaruh kat kampung" - said Abang "Yes, tahun depan ada lagi balik kampung ramai-ramai semua" - said Kakak "Kalau kau kahwin terpaksa aku berhenti kerja sebab orang paling sibuk" - said Abang Ish siapa yang kena proposed sebenarnya? Confused sudah... Tapi aku dah ambil keputu

Khurafat : dari pandangan kasar matahati ku

Image
Aku pun nak buat review jugak la macam dia ni. Sebab aku baru tengok semalam(20 Jan) dengan kawan yang entah bagaimana boleh terserempak pulak. Rezeki kot sebab orang belanja.. muah muah muah muahaha.. Orang beli, aku tumpang tengok saja. Bagi aku, cerita ni bukanlah hebat sangat seperti yang dicanangkan tapi kalau menurut aku plot cerita agak boleh boleh lah jugak sebab ending yang tidak dijangka. Cuma masih banyak kekurangan dari pandangan mata kasar ku yang terlalu mementingkan kelogikan. Bak kata caller HOT FM pagi tadi, katanya filem ni macam memperbodohkan penonton. Setuju aku disitu kerana logic kah ofis dia tu nyala lampu satu je. Kawasan lain semua gelap. Aku ni pun tak pernah lagi terlantar di hospital tapi setahu aku bukan lah hospital itu sebegitu rupa di malam hari. Kelakar ok Satu lagi yang aku kurang senang pabila setiap kali hantu muncul lepas tu hilang macam tu. Pandai pulak hantu main sorok sorok ya ? Lupa pulak kan.. masa dia kecik dia teringin sangat kot mai

Kanak kanak Sementara

Image
19 jan 2011 – 0100H Waktu ini aku bertukar sekejap menjadi seorang kanak2 bawah umur. Mesti kamu tidak percaya kan? Sebab aku sendiri pun tidak percaya.. hahah Entah macam mana boleh sesat. Ceritanya bermula begini, Tadi sedang aku tekun menyiapkan assignment.. aku pun mencari la bahan rujukan di dalam laptop ni. Agakagak macam dah nak siap, aku pun tekan la butang X pada penjuru atas sebelah kanan sebab masih ada lagi info yang tidak lengkap. Agak bosan jugak la lepas tu... Niat asalnya mau meng’unistall’ software yang kurang mendapat sambutan ku.. sekali terjumpa pulak satu folder yang pelik (seperti dalam gambar). Timbul pulak rasa tanggungjawab sebagai tuan punya laptop ini untuk aku mengetahui apa yang tersurat didalamnya. Ku buka lah folder itu lalu ku dapati ada nama anak saudara ku disitu. Hati ku megeluh “ah, ini mesti dia yang pandaipandai pegi install game ni, isk geramnya”. Di samping itu, aku pun cuba lihat satu persatu isi kandungan folder itu. Ah, ada ikon

Awak dan Saya

Image
Selamat UlangBulan ke2 9 Jan 2011 Walaupun katanya "Cinta pada awak itu ada malah cinta melampau lampau tapi ending kita agak kabur" Ya saya faham, namun sudah cukup membuatkan saya berpuas hati dan senyum meleret sebab saya tahu saya percayakan awak Hanya Awak dan Saya sahaja tahu keadaan kita macam mana. Biarlah orang lain nak kata apa sebab dia orang tidak berada dalam situasi kita Hubungan istimewa ini begitu berharga buat saya. Oleh itu, akan saya menghargai setiap saat yang indah ini sebelum ianya pergi........ Saya akan sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik di mata Awak. Terima Kasih atas segalanya.

Kerjaya Semasa : Part Time Programmer

Image
Sebelum memulakan bicarawara izinkan saya menghembuskan nafas lega.. . . . . . FUHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.................. ok dah penat saya belum tamat disini kerana masih belum berpuas hati. tapi ok ok lah kerana berjaya meng'edit blog yang sudah lama ditinggalkan. puas di goda godek google.belog itu.belog ini. Akhirnya macam macam saya berjumpa ilmu. Kutip sana sini. Sangat banyak yang saya tidak tahu walaupun ada jugak percubaan yang tersasar tapi berpuas hati juga. Saya amat mengucapkan berniun niun terima kasih pada cik ini dan cik itu dan ada lagi cik cik yang saya tidak berapa ingat link nya. Ini pun hasil carian google history. Mujur beliau ada. Makanya saya menjadi programmer seketika akibat terlalu sarat mencari coding untuk edit blog saya ini. Mujur tiada gaji. Kalau ada, konfem saya OT sampai ke esok kan hari pun tidak mengapa. Sekian. Tamat seketika sesi p enggodekkan saya.

Oh Abdullah Azzam ku

Image
setelah 7 hari 2011 berlalu baru hari ini terdetik Abdullah Azzam azam di minda ya itu mencoba 1.* profil rendah * (sila translate ke English jika anda rasa "I sound stupid when I speak Malay") 2. meng-kurang-kan upload gambar di 'halaman so sial' demi merealisasikan no.1 3. " kutuk-kutuk orang. 4. " ikut kehendak orang lain sehingga kehendak sendiri tiada siapa peduli 5. " pakai baju saiz L seperti zaman-zaman sekolah. 6. cuba mengawal hawa nafsu membuak-buak *mula lah tu fikir bukan-bukan* maksud ku nafsu makan, nafsu belitubeliniduithabisbarunyesal 7. hendak menabung demi anakcucu masadepan sekian. p/s : Nama lelaki di atas merupakan nama anak saudara saya (ada orang tanya ka).

Kisah Cinta 2010

Image
Wallawey... tajuk tu macam boleh buat orang termuntah satu baldi. Pelik kan? Orang lain post cerita 2010 pada 2010. Tapi aku cerita 2010 pada 2011. Uh apa aku merepek ni. Ok. Teruskan cerita cinta mu Tina *cinta la sangat* Semua orang ada cinta masingmasing. Aku pun mahu jugak. Tapi cerita cinta ku ni mungkin buat kan orang benci dengan aku. Awal tahun aku suka dengan budak samasama persatuan Fakulti tapi ‘dia’ pulak ada hati dengan bestfriend ku. Silap disitu la. Sekarang pun diorang tengah bersamasama *skema nak mam*. Aku belajar melupakan dia. Susah juga sebab aku terpaksa selalu mendengar namanya disebut oleh bff ku itu. Aku tak faham kenapa dia boleh tak faham yang aku tak suka tp bff punya pasalkan. Makan hati je lah. Kali ni aku cuba pulak mensayangkan orang ni. Permulaan agak baik tapi lamalama aku rasa macam kurang serasi lah pulak. Tengok respon dia kadangkadang ok kadangkadang tak. Lastly aku pilih untuk hilang. Rasa macam tak sanggup nak sakit hati. Dan akhirnya aku b

Cacatan 2010

Image
Jangan salah faham kerana bukan typing error di entri itu.. tapi memang sengaja...sedar tak sedar sudah masuk 2011. My last entry pada 21.11.10.. wah memang agak lama..mood sekarang *sangat malas nak buat entry* tapi disebabkan tahun baru aku gagahkan jua. Kali ni akan ku kumpul semua derita cerita sekitar 1.1.01 – 31.12.01. Itupun kalau ingat semua.. Januari – Disember Daftar masuk untuk semester 6. Second last semester. Masa daftar dah lewat kena tunggu Belle mau daftar samasama, tengoktengok terlewat sampai canseleri akibat tunggu Amar. Geram pun ada tapi minta tolong punya pasal terpaksa la akur. 31 Januari pulak masa jogging petangpetang dengan Belle di Fakulti Kejuruteraan(FK), tengah syoksyok berlari setempat, boleh pulak kad matrik dalam poket terjatuh ke longkang. Adush! Macammacam ikhtiar difikir, nasib baik dapat amik. Longkang pun longkanglah. Semester ini juga ku habiskan masa dengan akademik + persatuan. Tapi unfortunately, time management aku memang sangat b