Terima Kasih Atas Segalanya
Assalamualaikum warahmatullah...
Terima kasih Allah atas kebahagiaan yang telah kukecapi sehingga ke hari ini. Semoga aku terus tabah dan ikhlas menjalani dugaan hidup. Terima kasih juga Ya Allah kerana memberikan musibah/kesusahan agar aku lebih menghargai nikmat yang telah Kau berikan padaku..
Terima kasih ibu atas pengorbanan serta kasih sayangmu yang tidak berbelah bahagi. Membantu kami tidak kira situasi. Menjadi inspirasi kami. menjadi kekuatan kami.. terima kasih yang tidak terhingga. Betapa beruntungnya kami mempunyai ibu seperti ibu. Semoga ibu ku diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan sehari harinya. Ampunkan aku ibu kerana saat ini aku tiada disisimu untuk menjagamu.. menyiapkan makan minum mu.. menukar pampersmu.. memandikanmu.. dan membersihkan dirimu selepas membuang air besar.. aku hanya mampu datang pada hujung minggu sahaja.. Dan aku harap semoga aku dapat berada disisimu setiap masa untuk manjagamu ibu.
Ampunkan aku juga ayah andai sekiranya aku telah banyak berdosa kepadamu.. Walaupun tidak pernah kuluahkan tapi percayalah hati ini sentiasa menyayangimu.. sentiasa menghormatimu.. sentiasa berterima kasih kerana telah menyediakan tempat tinggal untuk anak-anakmu.. Terima kasih ayah.
Terima kasih kakak2 & abang2 yang telah banyak memberi sokongan dan apapun jenis bantuan yang telah kamu berikan. aku sangat bersyukur menjadi adik kamu. Terima kasih kerana mencurahkan ilmu & pengalaman hidup kamu untuk ku jadikan panduan.
Terima kasih kawan2 kerana memberi keseronokan hidup untuk ku rasai.
Terima kasih en. Samsul kerana selalu ada untukku dikala susah dan senang. memberi semangat ketika aku putus asa. membuat aku ketawa dikala aku sedih. menyokong apa saja keputusanku. menjadi penawar ketika sakitku. menjadi air ketika aku sedang berapi. mendengar segala luahan isi hatiku.. tidak pernah marah walaupun aku cuba menguji kesabaranmu. cuma tinggal mau melengkapkan fasa hidup jak sekarang ni.. Kalau bukan sebab keluarga yang kurang bersetuju dengan pilihanku ini dek kerana terdapat kekurangannya yang mungkin dapat dipertimbangkan. sudah lama aku suruh dia masuk meminang.. tapi apakan daya.. keadaan yang mungkin belum sesuai menurut perhitunganku.. tapi percayalah.. aku akan cuba pertahankan hubungan ini sehingga ke akhirnya... Semoga keluarga membuka minda sedikit dan memberi sokongan pada keputusanku ini. Semoga saja dibukakan jalan untuk kami menjadi pasangan yang sah dan meneruskan niat yang baik untuk mencari redha Ilahi.. InsyaAllah.. andai jodoh kita kuat.. kau tetap untukku juga. andai sebaliknya. pasti Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. tapi usaha kita tidak akan pernah padam. Semoga hari yang d impikan akan tiba juga.

Comments
Post a Comment
katanya