Geram + Bosan
Assalamualaikum... Ya memang aku geram dengan seorang hamba Allah ni. Bukan nak bersyukur atau berterima kasih dengan apa yang ada malah tiap2 hari mengeluh dengan ketidaksukaan dan ketidakselesaannya dengan tempat kerja yang baharu. Aku sudah rekomen kau kerja dengan tempat kakak aku pun dah cukup baik. Aku tolong kau ikhlas sebab aku tahu kau memang sangat memerlukan tapi bukan untuk aku dengar keluhan kau tiap masa. Aku ndak minta pun kau hargai aku pun sebab aku tahu manusia yang kemaruk dengan penghargaan takkan pernah rasa bersyukur. Aku cuma nak kau gembira dan bersyukur sebab ada peluang untuk diri sendiri memajukan diri. Daripada kerja yang bukan2 baik kau kerja dengan tempat yang bukan sahaja untuk dapatkan duit tapi sekaligus dapat ilmu yang InsyaAllah berguna untuk akhirat. Aku ndak fahamlah cara kau berfikir ni... sikit2 ndak selesa, sikit2 ndak suka, ndak serasi sebab luar daripada bidang lah itulah inilah... Aku bosanlah orang yang macam kau ini. Bersyukurlah sikit ...