Aku sayang........?

Wahai Kekasih, Keluarga, Sahabat, Teman, Rakan, Jiran, mahupun sesiapa sahaja yang pernah dan sedang mengenaliku... doa ku pada anda semua agar kalian diberikan kesihatan dan kesejahteraan dalam hidup. Tabahlah menghadapi apa jua rintangan yang telah, sedang dan bakal ditempuh. Kerana sesungguhnya segala ujian yang datang itu adalah penyakit dan penawar kehidupan. Anggaplah ianya anugerah yang tidak ternilai dari Tuhan Yang Maha Esa kepada hamba-Nya yang dikasihi.

Tanpa dugaan, hanyutlah manusia tanpa arah tujuannya. Syukurilah apa jua yang kamu miliki ketika ini kerana ianya tidak akan hadir untuk selama-lamanya.

Kasihku pada kalian tidak melebihi cintaku pada Allah S.W.T dan Rasul-Nya dan tidak kurang dari sayang ku kepada alam ciptaan-Nya.

Maafkanlah segala kekurangan, kelemahan dan kekhilafan diri ini. Kerana aku adalah hamba-Nya yang tidak pernah lepas dari silap dan dosa.

Comments

Popular posts from this blog

Berak merata - rata!!!

Pecah Dara

jemputan kahwin