Posts

Showing posts from February, 2011

Renungan

Image
bila  anda  rasa  diri itu  susah.. ingatlah bahawa  ada  orang  yang  lebih  susah  dari  anda

Bila beca menyanyi dangdut

Image
suasana malam minggu di bandar Melaka

What the fantastic

Image
Aku ada banyak nak tulis tapi tapi tak tahu nak mula macam mana.. ok nak cerita pasal CNY ni lah.. 2hb bos bagi kita orang balik pukul3 sama macam Christmas hari tu.. baik betul bos2 kami ni.. petang tu lepas hantar kawan ku si suraya balik rumah, aku terus memecut ke puchong sebab nak bank in kan mak duit. Belum pun sampai bank tu kakak ku pulak call minta fetch anak dia kat sekolah.. hadoi bengang gak la sebab aku dah kat area puchong nak patah balik ke USJ sana. Mana tol lagi.. minyak lagi dah nak empty.. hai membebel jugak lah mulut ni tapi tetapi pegi jugak menurut kata kakak.. sampai rumah pukul 5.30 ptg.. sebelah malam berderum2 bunyi mercun. Malam ni mesti bos2 cina makan besar punya. nak kemana cuti 4 hari ek? plan nak ke Johor masih samar2 lagi sebab abang aku tuh tiba2 kena kerja pulak.. bincang punya bincang akhirnya dapat jugak kami pergi visit my sister's family yang dah setahun lebih tak jumpa. dan inilah first time aku menjejakkan kaki ke Johor. padahal dah 5 ...

Hafiz AF, Aziz Hazmi, Hanis Zalikha. Apa kaitannya?

Image
Aku memang jarang sekali buat entry pasal orang lain sebab aku takut nanti orang tu marah bila baca apa yang aku tulis. Tapi harap2 orang ini tak marah. Bukan aku nak kutuk pun.. huhu... Korang kenal tak nama2 berikut? Hafiz AF Hanis Zalikha Aziz Hazmi Yang 2 orang tu kalau korang tak kenal aku tak tau lah..baik buang jer broadband korang tu. Yang Aziz Hazmi(AH) tu nilah aku nak cerita ni..Mungkin follower setia Hanis Zalikha dah tahu kot.. Pada yang tak tahu.. aku bagitahu.(berapa banyak tahu lah) Aku terpanggil untuk ke redtube  youtube.. search punya search ternampak MV Awan Nano by Hafiz tu. MV dia memang sedih sangat2, menyentuh jiwa kelelakian aku ni *erkkk?* sedang aku asyik menghayati MV tu. aku tertengok kelibat seseorang yang macam pernah aku tengok. *recall balik* laa ini mamat yang buat VIDEO pasal Hanis Zalikha tu. Kipas susah mati HNSZLKH katakan. Teringat video video tu aku tergelak jugak teringat gelagat si mamat ni yang boleh tahan gak la pak lawak ny...

David Teo bagi angpau 4.5 juta, aku pun ada.

Image
Eh kenapa..? kau orang ingat aku tipu ke? betul... Berikut adalah senarai penerima angpau kepada krew MIG Pelakon dan pengarah  filem Cuti-Cuti Cinta danV3: Samseng Jalanan  - Farid Kamil = RM30,000 Pengarah filem Ngangkung - Ismail Bob Hasim  = Toyota Alphard 3.5L  Pengarah filem Santau - Azahari Zain = RM5000 Lisa Surihani =  RM15,000 Intan Ladyana = RM15,000 Nora Danish, Liana Shamsuddin, Angah Raja Lawak, Puteri Mardiana, dan Azad Jasmin =  RM10,000 Cat Farish = RM5000 Kakitangan MIG Pengurus Promosi dan Perhubungan Awam - Azahari Hamid = Mercedes Benz E300K Pengarah Eksekutif MIG Sound Factory - Brian Eng Kang Wei = Banglo Lain-lain = rumah semi D setingkat dan dua tingkat & RM1000 aku mana?? Yelah kejaplah nak bagi tau ni... Shaheizy Sam (bonus utama) = Rumah semi D dua tingkat dan pakej umrah bernilai RM30,000 Haaa kan ada tu.. Memandangkan aku ni KEKASIH GELAP nya aku dapat lah jugak sikit2..Rumah Semi D.. tapi aku dapat...

Kau Tak Hendak Aku Lagi Tak Hingin

Image
Untuk makluman semua.. saya tak jadi dikahwini... yeayyyyy,...bolehlah meneruskan rutin sebagai seorang bujang untuk beberapa tahun lagi.. kenapa? sebab aku tak hingin... lagi satu... sebab pihak sana ada calon lain yang lebih bagus dari aku kot.. tak kisahlah apa pun sebabnya.. Sekarang tak payahlah aku nak risau bimbang bingung dan keliru lagi

Dia sahaja yang ada

Image
Terasa sudah tiada mood untuk semuanya. Bilakah kehidupan akan berubah? Sangat sangat susah ketika ini. Ada sesiapa akan faham? Tidak. Ada sesiapa akan bantu? Tidak. Oh tidak mengapalah.. Allah kan ada.. Dia Maha Mengetahui Segala-galanya. Totally down? Serahlah diri pada-Nya untuk menenangkan hatimu. Hanya Dia. Dia.