Assalamualaikum warahmatullah... Terima kasih Allah atas kebahagiaan yang telah kukecapi sehingga ke hari ini. Semoga aku terus tabah dan ikhlas menjalani dugaan hidup. Terima kasih juga Ya Allah kerana memberikan musibah/kesusahan agar aku lebih menghargai nikmat yang telah Kau berikan padaku.. Terima kasih ibu atas pengorbanan serta kasih sayangmu yang tidak berbelah bahagi. Membantu kami tidak kira situasi. Menjadi inspirasi kami. menjadi kekuatan kami.. terima kasih yang tidak terhingga. Betapa beruntungnya kami mempunyai ibu seperti ibu. Semoga ibu ku diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan sehari harinya. Ampunkan aku ibu kerana saat ini aku tiada disisimu untuk menjagamu.. menyiapkan makan minum mu.. menukar pampersmu.. memandikanmu.. dan membersihkan dirimu selepas membuang air besar.. aku hanya mampu datang pada hujung minggu sahaja.. Dan aku harap semoga aku dapat berada disisimu setiap masa untuk manjagamu ibu. Ampunkan aku juga ayah andai sekiranya aku telah banyak ...