Kehilangan Orang Yang Ku Cinta


Assalamualaikum w.b.t

Raya tahun ni kami sekeluarga sambut dengan sederhana sebab mak ku tak sihat. 5 hari sebelum raya mak memang sudah terlantar di katil.. kali ni memang sudah x boleh bangun langsung. mak selalu mengeluh kesakitan di kepala dan pinggang.. sekali sekala istighfar. Alhamdulillah dalam keadaan sakit mak masih ingat pada Allah.

Malam Raya
- mak terbaring tapi aku yakin mak sedar yang kami sekeluarga semua ada dirumah membuat persiapan. Tahun2 sebelumnya mak la yang sibuk didapur siang dan malam sediakan juadah raya.. kami cuma tolong apa yang patut jak. Tahun ni kami yang take over.. mak pulak yang 'berehat'. Untuk pertama kali dalam hidup aku handle rebus buras/burasak 3 periuk.. tambah lagi masak di dapur kayu.. walaupun leceh tapi semangat. Yang lain masing2 dengan tugas. Menantu baru pun join jugak.

Pagi Raya
- Kami semua pegi sembahyang raya.. lambat sikit, dapatlah sof paling belakang.. dengan dengan tangga. Sambil dirumah tinggal 3 orang. K.Ondang, K.Qam, K.Jum. buat persiapan dan siapkan mak.. mak pakai baju warna hijau kesayangannya yang selalu dicari.. Akhirnya ketemu jugak di pagi raya. Kami balik dari masjid dan bersalam-salaman dengan penuh hiba sebab mak cuma mampu mendengar dari katilnya. Kami berpelukan dan bermaaf-maafan. Sempat lagi kamu beraya ke 3 buah rumah keluarga. Bapak tinggal seorang temankan mak dirumah. Tak lama jugak beraya sebab mak mesti ditemankan.

Alhamdulillah ada jugak keluarga yang datang beraya melawat mak. Masuk sebelah petang, keadaan mak sudah tidak berapa stabil. Nafasnya berubah. Lalu kami berbincang untuk menghantar mak ke hospital. Dalam masa yang sama bapak sebenarnya keberatan untuk memberi izin kerana dia tahu yang mak memang sudah tidak akan lama hidup. Bapak mahu mak dirumah sahaja sebab tidak mahu mak sakit tapi ayah akur sahaja sebab kami masih lagi mahu berikhtiar. Dialog bapak yang masih dan akan terus aku semat diingatan ialah "Ndak lama mak mu ni, ndak sampai mungkin maghrib". Naluri seorang suami.

Sampai di hospital, doktor membuat andaian awal bahawa mak hanya kekurangan gula dan air.. Sejam selepas itu sample darah diambil, bermula saat itulah hati mulai tidak tenteram bila doktor sudah mengesahkan bahawa jangka hayat mak tidak akan lama kerana warna darah sudah berbeza dan tidak mempunyai khasiat lagi. Kami semua masuk ke tempat mak diletakkan. Melihat wajah mak membuatkan sedih kami tidak terbendung lagi.. Teresak-esak. Melihat mak menghadapi saat-saat terakhir adalah suatu pengalaman yang perit tapi harus ditelan. Doktor perlukan keputusan kami segera untuk memberhentikan rawatan. Abangku mahu dibawa ke Hospital Sandakan tapi kami menasihatinya agar perlu redha dengan ketentuanNya. Kami diminta keluar untuk memberi ruang pada pihak hospital meneruskan rawatan. Beberapa minit selepas itu, lebih kurang 6.20 petang, doktor pergi kepada kami dan memaklumkan bahawa mak memang tidak dapat lagi diselamatkan. Kami meluru masuk melihat mak. Hanya airmata dan bacaan Yaasin dan Al Fatihah yang diiringi. Memaklumkan segera kepada ahli keluarga yang tidak dapat hadir.

Sesampainya kami di rumah lebih kurang jam 9.00 malam, ramai orang kampung yang sudah menunggu. Peralatan untuk pengurusan jenazah juga hampir semua tersedia. Adik beradik akan dikumpul terlebih dahulu untuk memandikan jenazah pada keesokan harinya. Akhirnya mak disemadikan selepas Solat Jumaat dan alhamdulillah wasiat mak untuk melihat kami semua berkumpul tercapai walaupun pada hari terakhir mak di muka bumi.

Semoga mak tenang di sana. Kami akan selalu mendoakan mak dan menyedekahkan mak dengan ayat suci Al-Quran. Kami akan sentiasa merindukan mak dan mengenang jasa mak kepada kami seluruh keluarga.. Mak sangat baik dan sentiasa ada di hati kami.

Comments

Popular posts from this blog

Berak merata - rata!!!

jemputan kahwin

Pecah Dara