Cacatan 2010
Jangan salah faham kerana bukan typing error di entri itu.. tapi memang sengaja...sedar tak sedar sudah masuk 2011. My last entry pada 21.11.10.. wah memang agak lama..mood sekarang *sangat malas nak buat entry* tapi disebabkan tahun baru aku gagahkan jua. Kali ni akan ku kumpul semua derita cerita sekitar 1.1.01 – 31.12.01. Itupun kalau ingat semua..
Januari – Disember
Daftar masuk untuk semester 6. Second last semester. Masa daftar dah lewat kena tunggu Belle mau daftar samasama, tengoktengok terlewat sampai canseleri akibat tunggu Amar. Geram pun ada tapi minta tolong punya pasal terpaksa la akur.
31 Januari pulak masa jogging petangpetang dengan Belle di Fakulti Kejuruteraan(FK), tengah syoksyok berlari setempat, boleh pulak kad matrik dalam poket terjatuh ke longkang. Adush! Macammacam ikhtiar difikir, nasib baik dapat amik. Longkang pun longkanglah.
Semester ini juga ku habiskan masa dengan akademik + persatuan. Tapi unfortunately, time management aku memang sangat beruk teruk. Akhirnya result aku makin lama makin turun walaupun tak banyak tapi agak menjejaskan kredibiliti ku sebagai pelajar jugak la.
Feb - Kehidupan ku biasabiasa saja. Akademik – Persatuan.
Begitu juga di bulan Mac.
April - ada training CATIA.
Mei - ada exam plus 21hb balik kampong halaman.
Jun - menghadiri saudara kahwin di Tawau, firstime pegi sana. Bulan Jun ni Bulan WORLD CUP. Apalagi.. layan bola saja lah. 24hb balik Semenanjung untuk sem ke 7. Last sem sebelum praktikal.
Julai – sem 7 terpaksa duduk diluar(rumah sewa) sebab tak dapat hostel. Walaupun agak susah tapi ada bestnya. Kelemahan – dah tak concentrate pada study sebab banyak main & enjoy. Bulan ni jugak firstime aku drive di highway. Aku kuatkan jugak semangat walaupun takut.
Ogos – duit loan dah masuk. Terus meluru ke Kuala Selangor. Soping! Bulan ni jugak adalah Bulan Menyambut Ramadhan (11hb). Tapi amalan di bulan mulia ini sangatlah kurang. Teruk sangat rasa diri ni. Bulan ini juga aku dengan Belle pegi Penang menyambut bulan Ramadhan disana bersama Abby,Farook & Opie. Firstime jugak.
September – dah ada Ramadhan tentulah ada Syawalnya. Walaupun kali ni tak dapat beraya dengan mak ayah di kampong tapi aku bersyukur sebab ada family disini. Raya disambut ala kadar. Dapat beraya dengan kengkawan. Pegi kem dengan budakbudak kelas untuk projek. Beraya pegi Perak. Best!
Oktober – melawat bf Su (Amer) sampai ke Melaka, walaupun berat hati nak pegi pada mulanya tapi kena pegi jugak sebab nak jaga hati kawan punya pasal. Anyway kami (Amal, Su, Naz & aku)enjoy jugak. Bulan ni pun exam jugak. Dan berhempas pulas nak cari tempat praktikal. Memang susah. Finally, dapat jugak dekat Giant Stadium Shah Alam.
Nov – Cuti ku habiskan dengan online dirumah sampai boosan, ada kalanya pegi Nite Jam dekat I-City. Bulan ini ada jugak yang mengecewakan. Abang sulungku kahwin lagi. Agak terkejut tapi terima saja lah takdir itu. 15hb praktikal kami dah start sebagai ServiceDesk. Agak kekok jugak untuk pertama kalinya.
Disember – praktikal terus berlangsung. Bulan ni juga menyaksikan ramai juga orang yang aku kenal mengakhiri zaman bujang. Sangat baik. Juga untuk persatuan, kena ulang alik pegi Unisel BJ. Penat tapi seronok.
Kini 2011 dah menjelma. 2010 telah ditinggalkan dengan banyak suka dan duka. Semoga tahun ini bertambah baik dari sebelumnya.
Comments
Post a Comment
katanya