Sayang Dia

1 malaysia dah taw aku sayang dia sangat....
sayang.... sayang sayang sayang x??
sayang??
tq sayang.........

wey dia sayang aku la...
eh mesti lah....
aku kan sayang dia
dia pun lagi la sayang banar dengan aku

sayang, kau lah sumber inspirasi ku...
kau lah lampu kalimantang yang selalu ada untuk aku perlukan
tanpa perlu di switch on kan

sayang, kau lah pujaan hatiku
kau lah pengarang jantung pisang yang boleh dibuat ulam
tapi kau pun pandai buat ulam
sedap nya tu kan....

sayang lagi, kau lah bank ku...
dikala aku memerlukan apa saja
kau sentiasa bersedia memberi no PIN

sayang lagi 1 kali(last suda ni)
yang ni betul2 sudah....
aku sayang pada mu sehingga akhir hayatku..
tanpamu... xkan aku melihat dunia...

tanpamu... xsempurna hidupku sebagai manusia
kau lah insan paling mulia
kau lah insan yang tolok bandingnya tiada




IBU
aku sayang padamu

walau sukar terlafaz dibibir

tapi hati sentiasa berzikir

walau x jelas pada zahir

hanya jiwa yang memikir

betapa kasih sayang kau curah

betapa rela gunung riba kau redah

betapa aku terlalu kalah

melihatmu ditimpa musibah


jasa mu tiada dapat ku balas

hanya mampu sesuku bebanmu ku galas

dengan kejayaanku jelas terbias

doa pengorbanan kau alas








bersempena Hari Ibu yang penuh makna ini.. ku hadiahkan seulas(hantan cromo la) puisi buat ibuku yang tercinta jauh di desa aku cinta padamu Ibu.... maafkan aku xdapat menyambutnya bersamamu... kerana sedang berjuang merentas dewan peperiksaan doaku agar ibu sentiasa diberikan kesihatan yang baik banyak mau cakap ni tapi nanti ada pulak tiba2 cecair dari retina mata ni keluar.. ndak payahlah cukup jak kamu taw yang kita semua sayang ibu kita kan?? sapa sayang.... komen la haha sempat lagi... nah jangan lupa wish SELAMAT HARI IBU dengan ibu masing2 ya...

*harap maklum puisi ini HAK CIPTA TERPELIHARA® oleh Sdri Khartina a.k.a tyna@nay "maksud kata" pemilik blog ni la tidak ada sebarang unsur plagiat dari mana2 pihak... spontan dan bersahaja... (wey ingat aku xda perasaan ka)


Comments

Popular posts from this blog

Berak merata - rata!!!

jemputan kahwin

Pecah Dara