Posts

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.. Sungguh lama tidak terusik blog ni. Okeh la malas mau taip intro banyak2.. aku baru saja selesai melahirkan anak ketiga masa hari hari buruh baru-baru ni.. 01.05.2019 berat 3.4kg pada jam 2.45 ptg. . . . Alkisahnya sebelum tu ada 3 kali false alarm. Pertama seminggu sebelum tu.. sakit pinggang.. masa tu di rumah bapak.. kelam kabut pagi tu balik sebab belum ada persediaan. Haha padahal lagi seminggu mau bersalin barang apapun ndak siap packing lagi. Punyala rilek.. then sehari sebelum due pun sakit.. sempat lagi pergi kerja.. dan sambil menahan sakit ku buat kerja.. hari Sabtu pulak.. orang ndak ramai. Tunggu2 sampai ke malam xda progress. Okeh.. kita tunggu lagi.. dah overdue 2 hari.. doc kata tunggu bulan 5.. okeh. Teruskan pergi kerja.. assistant dah bising kenapa pergi kerja lagi huhu.. padahal 30hb pagi tu memang dah start sakit pinggang tapi senyap2 jak sebab xmau orang kecoh.. kebetulan keesokannya cuti awam.. seharian di ruma

Cerita Dunia Baru

Image
Assalamualaikum.. Baru teringat yang aku ada blog.. sebab tau jugak, tiada yang baca kan.. Cuma saja buang2 boring. Menulislah. Banyaknya perkara yang terjadi dalam hidup sepanjang 2013 sampailah ke hari ni. Mei 2013 - Abang kahwin Ogos 2013 - Mak meninggal dan sekarang aku pun sudah masuk ke alam berumah tangga.. Life's begin on 14th Dec 2013. Finally hari yang ditunggu2 telahpun tiba. Perasaan di awal pagi sebelum bernikah sangatlah gabra. Tetiba pulak adrenalin bergerak pantas. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun c boipren 2kali lafaz. Sampai ke hari ni, kami masih tinggal berasingan disebabkan keadaan yang belum mengizinkan. Tapi kami cuba untuk relax.  Sungguh asing ya bila ada orang lain dalam hidup selain daripada keluarga sendiri. Sekarang sudah punya 2 keluarga. Selepas pemergian mak, nampaknya aku ada mak baru, mak mentua... janggalnya panggil mak orang lain sebagai mak tapi alah bisa tegal biasa. Adik2 ipar pulak.. masih kecik2.. Mujur sudah b

Ada FBI Mau Datang Rumah

Image
Assalamualaikum.. Tiba tiba rasa mau menaip cerita pulak. Saja.. bosan pulak kan. At the same time, jiwa tengah haru biru. Resah gelisah cewah! Fikiran asyik menerobos memikirkan hari esok, bukan sebab fikir mau buat persiapan sempena Deepavali. Tak eh! Sebab besok antara hari pencetus permulaan segala-galanya. Wah, ayat nak gempak je beb.  Hemm.. sebenaqnya, esok hari perisikan antarabangsa (lah sangat!). Hehe.. pihak lelaki datang ke rumah untuk merisik anak dara Pak Cik Tyongkeng yang seorang ni. Tinggal dia jak yang belum kahwin. huhu.. Seram beb..Tomorrow..Hopefully, everything will be alright. Walaupun hati ni sedang berperang dengan jiwa, antara harapan dan kenyataan. Harapnya harapanlah yang menang terus menjadi kenyataan untuk melengkapkan impian. Hehe.. poyo gila minah ni punya ayat kan? Suka ku lah... mau minta puji sekejap. Harap besok, perbincangan berjalan dengan lancar. Ya Allah, hatiku sungguh berdebar saat ini. Tenangkanlah ia.  Sesi menunggu hari esok yan

Kehilangan Orang Yang Ku Cinta

Image
Assalamualaikum w.b.t Raya tahun ni kami sekeluarga sambut dengan sederhana sebab mak ku tak sihat. 5 hari sebelum raya mak memang sudah terlantar di katil.. kali ni memang sudah x boleh bangun langsung. mak selalu mengeluh kesakitan di kepala dan pinggang.. sekali sekala istighfar. Alhamdulillah dalam keadaan sakit mak masih ingat pada Allah. Malam Raya - mak terbaring tapi aku yakin mak sedar yang kami sekeluarga semua ada dirumah membuat persiapan. Tahun2 sebelumnya mak la yang sibuk didapur siang dan malam sediakan juadah raya.. kami cuma tolong apa yang patut jak. Tahun ni kami yang take over.. mak pulak yang 'berehat'. Untuk pertama kali dalam hidup aku handle rebus buras/burasak 3 periuk.. tambah lagi masak di dapur kayu.. walaupun leceh tapi semangat. Yang lain masing2 dengan tugas. Menantu baru pun join jugak. Pagi Raya - Kami semua pegi sembahyang raya.. lambat sikit, dapatlah sof paling belakang.. dengan dengan tangga. Sambil dirumah tinggal 3 orang. K.Ondan

iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris - Hari Raya

Image
Hari raya genap sudah sebulan berpuasa Hari raya mari ramai-ramai kita gembira Di hari raya kita saling bermaaf-maafan Hari raya mari ramai-ramai jemput ke rumah Sesudah sebulan kita berpuasa Menahan lapar dan juga dahaga Erti puasa memberikan kita Nikmat sebenar hari aidilfitri Hari raya genap sudah sebulan berpuasa Hari raya mari rama-ramai kita gembira Di hari raya kita saling bermaaf-maafan Hari raya mari ramai-ramai jemput ke rumah Mari balik kampung Jumpa ayah ibunda Mari balik kampung Kita rai lebaran Hari raya genap sudah sebulan berpuasa Hari raya mari rama-ramai kita gembira Di hari raya kita saling bermaaf-maafan Hari raya mari ramai-ramai jemput ke rumah
Image
Assalamualaikum... Hari ni hari terakhir di bulan Sya'ban maka besok akan masuklah bulan Ramadhan.. bulan yang sungguh mulia dan bulan untuk beribadah lebih dari bulan2 yang lain.. rindu sangat mau berpuasa di tempat kerja lama sebab rasanya seumur hidup aku sambut bulan Ramadhan, disitulah yang paling2 best... tarawih pun kira paling banyaklah sebab rumah 5 meter jak dari masjid hehe.. khatam quran pun dapat. memang berabis pulun lah.. So tahun ni macam mana lah pulak.. harap2 walaupun x se best di sana.. tapi cuba jugak untuk kejar ibadah banyak2.. Insya Allah... mau banyak2 kan berdoa supaya hati keluarga dapat dilembutkan untuk terima pilihanku.. mudah2an dipermudahkan urusan.. kuatkan semangat mak ku supaya dia dapat menahan sakitnya. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak. Jom Kejar Ibadah sebanyak mungkin.

Ziana Zain - Kasih Ku Pertahankan

Image
Akan ku cuba pertahankan kasih kita selagi mampu.