Posts

Showing posts from 2011

Gila punya kawan!

Kau sudah melampau.. aku nak kau kerja elok2 kat sana kau buat taik pulak dengan kakak ku... Gila kau ni kan. Nampak jak soft spoken konon tapi perangai macam %&^$&%&% Aku ndak sangka kau sebodoh itu. Ndak pernah2 aku gaduh dengan orang, jerit2 marah2 bagai tapi kau lah yang buat aku macam tu.. Apa punya kawan. Ada jugak orang macam kau ni di dunia. Dah la hipokrit! talam dua muka! Kau ni memang perempuan ndak guna. Ndak boleh bertolak ansur... Demi kepentingan dir sendiri sanggup cederakan orang lepas tu menipu pulak.. Nasib baik aku jauh.. kalau aku dekat dengan kau memang aku ganyang2 kau sampai mati. Langsung ndak hormat orang. Aku sudah cukup baiklah dengan kau tapi ini yang kau bagi. Kalau kau cederakan aku.. aku boleh sabar lagi tapi bukan kakak ku la sial!!! Aku menyesal lah offer kau kerja sana. Kalau aku tahu ini yang jadi, awal2 lagi aku sudah blacklist kau dalam senarai kawanku!

Kerana Ku Cinta Kau

Image
Suka sangat sangat dengan lagu ni.. layann..... lirik memang sudah sedia ada maka tidak perlulah mengkopipeskan lirik lagi kan I would like to dedicate this meaningful love song for YOU .. Happy 1st Anniversary in advance  ~9th Nov 2011~

Geram + Bosan

Image
Assalamualaikum... Ya memang aku geram dengan seorang hamba Allah ni. Bukan nak bersyukur atau berterima kasih dengan apa yang ada malah tiap2 hari mengeluh dengan ketidaksukaan dan ketidakselesaannya dengan tempat kerja yang baharu. Aku sudah rekomen kau kerja dengan tempat kakak aku pun dah cukup baik. Aku tolong kau ikhlas sebab aku tahu kau memang sangat memerlukan tapi bukan untuk aku dengar keluhan kau tiap masa. Aku ndak minta pun kau hargai aku pun sebab aku tahu manusia yang kemaruk dengan penghargaan takkan pernah rasa bersyukur. Aku cuma nak kau gembira dan bersyukur sebab ada peluang untuk diri sendiri memajukan diri. Daripada kerja yang bukan2 baik kau kerja dengan tempat yang bukan sahaja untuk dapatkan duit tapi sekaligus dapat ilmu yang InsyaAllah berguna untuk akhirat. Aku ndak fahamlah cara kau berfikir ni... sikit2 ndak selesa, sikit2 ndak suka, ndak serasi sebab luar daripada bidang lah itulah inilah... Aku bosanlah orang yang macam kau ini. Bersyukurlah sikit

Kuning & Merah

Image
Assalamualaikum... Hari ni aku pegi USJ Taipan. Alaa ndak jauh pun dari rumah.. jalan kaki jak.. Kenapa aku harus ke sana?? Sebab mau buat kad atm baru untuk maybank sebab sudah hilang hari Isnin, 10 hari yang lepas.. Sangat lambat aku uruskan sebab aku sedar kad hilang pun hari Sabtu, time tu mau check dalam tu ada duit ka ndak. Sekali dah sampai depan atm mesin baru terhegeh hegeh cari kad. Time tu baru prasan yang kad sudah hilang.. Hadoi.. cuak cuak jugak la sebab malasnya mau buat lagi.. kad tu aku rasa hilang time aku mau cucuk duit dalam bank islam tapi termasuk kad maybank.. Itulah last aku tengok kad tu. Mau ndak mau kena jugak buat.. Rupanya dalam malas malas mau pegi bank tu ada hikmah.. Umm hikmah la sangat. Masa pegi bank tadi.. incik yang entertain aku tu adoi punyalah hengsomm.. tapi jambu jambu sikit lah. Walau bagaimanapun dia tetap hengsomm di mataku..hehe.. sudahlah hengsomm, baik, friendly pulak tu. Siap tanya aku macam macam lagi. Yang paling best tu dia kat

Berkalung robe bermahkotakan mortar board

Image
Assalamua'alaikum w.b.t cerita hari ni pasal UNISEL's convocation day. Mau cakap my convocation day macam kurang tepat pulak sebab konvo ni untuk para graduasi, bukan untuk aku sahaja. Ok, back to our main topic... selama almost 3 years aku tunggu finally konvo jugak aku. Perasaannya lain macam.. entahlah happy pun ada, macam tak percaya pun ada sebab momen masa first register dulu masih terbayang bayang lagi. Tiap saat aku teringat macam mana kalutnya berdepan dengan dunia baru yang aku lalui. Sekarang ni, sudah berakhir semuanya.. Entahlah bila aku akan dapat rasa lagi perasaan tu. To be honest, aku sangat rendah diri dan malu yang amat amat sebab most of classmate aku dulu dah sambung degree waima aku masih di tahap ini. Aku cuba jadi positif tapi tidak setiap masa aku boleh. Dah dah lupakan pasal curhat. Balik pasal konvo.. hari tu dapat jumpa ramai orang, classmate, coursemate, teammate, soulmate dsb. Dah lama tak dapat jumpa diorang cuma agak terkilan sebab aku meng

Kembali Terjalin

Image
Assalamualaikum kepada sesiapa saja yang membaca entri ini.. ikutkan hati aku memang sudah malas mau tulis apa apa dalam blog ni.. sebab bagi aku, blog ni tidaklah sehebat blog orang lain yang banyak follower atau silent reader.. takkan ada siapa yang mau baca. Tapi hari ini saja saja jak mau tulis.. mau luahkan perasaan. Agak lama jugak aku ndak update blog ni. Tau tau saja lah kampung ku itu.. line telefon pun payah.. Jadi aku mau kumpulkan cerita cerita sepanjang aku di sana. Last update masa aku pegi KL settlekan audit konvo. Sekarang dah pun konvo. Sepanjang aku di kampung tak banyak kerja yang aku buat. Sibuk pun kadang kadanglah.. masa raya jak.. yang best tu dapat jumpa kawan kawan sekolah menengah. dapat beraya dengan diorang. Bergelak ketawa. Selebihnya habiskan masa dengan memerap di rumah. Walaupun bukanlah langsung tak keluar rumah, kalau ada hal mustahak tu pegilah bandar jugak. Perjalanan dari kampung ke bandar pulak, bagai nak menyabung nyawa. Mana taknya, jalan ray

Siapa gadis tu??

Image
Malam sudah berlalu... pagi pula mengambil ruang menemani insan yang lena dalam dakapan penemannya.. jam di lappy menunjukkan 2:44 pagi dan aku.. masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda mahu tidur.. pada awalnya aku mahu lelap kira-kira 2 jam yang lepas, tapi ntah kenapa.. ada saja bahan yang bisa membuatkan jiwa ini terus hanyut dibuai malam... Laman youtube terus di klik satu demi satu... daripada episod Shila Amzah.... terus kepada... Cikgu Shida... lalu jariku menuju ke video seorang gadis namanya Najwa Latif . terus saja ke sana ya.. sejujurnya... klik saja butang play, aku terus terpikat dengan suara gadis kecil ini.. Bagi aku suaranya lunak.. jarang sekali aku akan suka walau first time dengar.. tapi kali ini ya aku memang "thumbs up". Kalau ada butang like aku memang nak tekan juta-juta kali.. Dan aku akan terus klik setiap video yang di upload oleh dia..

Aku sayang........?

Image
Wahai Kekasih, Keluarga, Sahabat, Teman, Rakan, Jiran, mahupun sesiapa sahaja yang pernah dan sedang mengenaliku... doa ku pada anda semua agar kalian diberikan kesihatan dan kesejahteraan dalam hidup. Tabahlah menghadapi apa jua rintangan yang telah, sedang dan bakal ditempuh. Kerana sesungguhnya segala ujian yang datang itu adalah penyakit dan penawar kehidupan. Anggaplah ianya anugerah yang tidak ternilai dari Tuhan Yang Maha Esa kepada hamba-Nya yang dikasihi. Tanpa dugaan, hanyutlah manusia tanpa arah tujuannya. Syukurilah apa jua yang kamu miliki ketika ini kerana ianya tidak akan hadir untuk selama-lamanya. Kasihku pada kalian tidak melebihi cintaku pada Allah S.W.T dan Rasul-Nya dan tidak kurang dari sayang ku kepada alam ciptaan-Nya. Maafkanlah segala kekurangan, kelemahan dan kekhilafan diri ini. Kerana aku adalah hamba-Nya yang tidak pernah lepas dari silap dan dosa.

Perpisahan Ini

Image
Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir Kehilangan amat terasa di hati Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir Ku terima perpisahan ini Dulu kita satu jiwa satu impian Susah dan senang kita bersama Namun itu semua hanya sementara Hanya lagu yang menjadi ingatan Hanya lagu yang menjadi kenangan Seandainya masa itu kembali semula Ingin ku memiliki lebih dari itu Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir Ku terima perpisahan ini Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi Dirimu pergi biar ku sendiri Dulu kita satu jiwa satu impian Susah dan senang kita bersama Namun itu semua hanya sementara Hanya lagu yang menjadi ingatan Hanya lagu yang menjadi kenangan Seandainya masa itu kembali semula Ingin ku memiliki lebih dari itu

Renungan

Image
bila  anda  rasa  diri itu  susah.. ingatlah bahawa  ada  orang  yang  lebih  susah  dari  anda

Bila beca menyanyi dangdut

Image
suasana malam minggu di bandar Melaka

What the fantastic

Image
Aku ada banyak nak tulis tapi tapi tak tahu nak mula macam mana.. ok nak cerita pasal CNY ni lah.. 2hb bos bagi kita orang balik pukul3 sama macam Christmas hari tu.. baik betul bos2 kami ni.. petang tu lepas hantar kawan ku si suraya balik rumah, aku terus memecut ke puchong sebab nak bank in kan mak duit. Belum pun sampai bank tu kakak ku pulak call minta fetch anak dia kat sekolah.. hadoi bengang gak la sebab aku dah kat area puchong nak patah balik ke USJ sana. Mana tol lagi.. minyak lagi dah nak empty.. hai membebel jugak lah mulut ni tapi tetapi pegi jugak menurut kata kakak.. sampai rumah pukul 5.30 ptg.. sebelah malam berderum2 bunyi mercun. Malam ni mesti bos2 cina makan besar punya. nak kemana cuti 4 hari ek? plan nak ke Johor masih samar2 lagi sebab abang aku tuh tiba2 kena kerja pulak.. bincang punya bincang akhirnya dapat jugak kami pergi visit my sister's family yang dah setahun lebih tak jumpa. dan inilah first time aku menjejakkan kaki ke Johor. padahal dah 5

Hafiz AF, Aziz Hazmi, Hanis Zalikha. Apa kaitannya?

Image
Aku memang jarang sekali buat entry pasal orang lain sebab aku takut nanti orang tu marah bila baca apa yang aku tulis. Tapi harap2 orang ini tak marah. Bukan aku nak kutuk pun.. huhu... Korang kenal tak nama2 berikut? Hafiz AF Hanis Zalikha Aziz Hazmi Yang 2 orang tu kalau korang tak kenal aku tak tau lah..baik buang jer broadband korang tu. Yang Aziz Hazmi(AH) tu nilah aku nak cerita ni..Mungkin follower setia Hanis Zalikha dah tahu kot.. Pada yang tak tahu.. aku bagitahu.(berapa banyak tahu lah) Aku terpanggil untuk ke redtube  youtube.. search punya search ternampak MV Awan Nano by Hafiz tu. MV dia memang sedih sangat2, menyentuh jiwa kelelakian aku ni *erkkk?* sedang aku asyik menghayati MV tu. aku tertengok kelibat seseorang yang macam pernah aku tengok. *recall balik* laa ini mamat yang buat VIDEO pasal Hanis Zalikha tu. Kipas susah mati HNSZLKH katakan. Teringat video video tu aku tergelak jugak teringat gelagat si mamat ni yang boleh tahan gak la pak lawak nya.  

David Teo bagi angpau 4.5 juta, aku pun ada.

Image
Eh kenapa..? kau orang ingat aku tipu ke? betul... Berikut adalah senarai penerima angpau kepada krew MIG Pelakon dan pengarah  filem Cuti-Cuti Cinta danV3: Samseng Jalanan  - Farid Kamil = RM30,000 Pengarah filem Ngangkung - Ismail Bob Hasim  = Toyota Alphard 3.5L  Pengarah filem Santau - Azahari Zain = RM5000 Lisa Surihani =  RM15,000 Intan Ladyana = RM15,000 Nora Danish, Liana Shamsuddin, Angah Raja Lawak, Puteri Mardiana, dan Azad Jasmin =  RM10,000 Cat Farish = RM5000 Kakitangan MIG Pengurus Promosi dan Perhubungan Awam - Azahari Hamid = Mercedes Benz E300K Pengarah Eksekutif MIG Sound Factory - Brian Eng Kang Wei = Banglo Lain-lain = rumah semi D setingkat dan dua tingkat & RM1000 aku mana?? Yelah kejaplah nak bagi tau ni... Shaheizy Sam (bonus utama) = Rumah semi D dua tingkat dan pakej umrah bernilai RM30,000 Haaa kan ada tu.. Memandangkan aku ni KEKASIH GELAP nya aku dapat lah jugak sikit2..Rumah Semi D.. tapi aku dapat D nye jelah.. rumah semi tu

Kau Tak Hendak Aku Lagi Tak Hingin

Image
Untuk makluman semua.. saya tak jadi dikahwini... yeayyyyy,...bolehlah meneruskan rutin sebagai seorang bujang untuk beberapa tahun lagi.. kenapa? sebab aku tak hingin... lagi satu... sebab pihak sana ada calon lain yang lebih bagus dari aku kot.. tak kisahlah apa pun sebabnya.. Sekarang tak payahlah aku nak risau bimbang bingung dan keliru lagi

Dia sahaja yang ada

Image
Terasa sudah tiada mood untuk semuanya. Bilakah kehidupan akan berubah? Sangat sangat susah ketika ini. Ada sesiapa akan faham? Tidak. Ada sesiapa akan bantu? Tidak. Oh tidak mengapalah.. Allah kan ada.. Dia Maha Mengetahui Segala-galanya. Totally down? Serahlah diri pada-Nya untuk menenangkan hatimu. Hanya Dia. Dia.

Nak kahwin ka tidak?

Image
Tepat  11.31 pagi, aku terima mesej dari kakak ku yang pakai no mak ku. Mesej berbunyi “Ada peminangan serius ngan ko.ko mau ka” Oh tidak. Jiwaku rasa tersentap tapi macam malas nak fikir sangat sebab aku rasa macam mesej tu saja2 kenakan aku. Dan aku ambil keputusan untuk ignore saja memandangkan kredit pun tiada. Lepas beberapa minit, aku keluar pegi kedai beli lauk, belilah topup sekali sebab perasaan ingin tahu pasal mesej tadi masih ada ciput lagi. Aku topup, aku balas mesej my sis, tapi tak berbalas. Ok tak pa. Mood pulak agak baik hari ni. Buat lah kerja seorang suri rumah. Menjadi mak cik solehah dan adik yang berjasa. Wah. Ni bukan masuk bakul lagi. Dah masuk tong. Ok sambung... petang petang kerja dah settle, aku terdengar fon berbunyi  ~tenenene tenenene tenenenene~ SILA BUAT BUNYI NOKIA. Oh kakak ku telefon. Menyampaikan berita... “ ko mau ka kalau ada mau sama kau. Orang nya pun berpelajaran, satu kampung, pendapatan pun ok,bla bla bla” Uh.. siapakah orang itu, sangat

Artis yang ada baubau bacin denganku

Image
Entry kali ni pasal diri aku jugak.. asyik2 pasal aku kan... korang bosan tak? tak? betul ni? ok aku sambung lah.. SENGAL Sebenarnya aku takde pun family yang bergelar selebriti/artis ni cuma kawan & orang terdekat je.. Now, let's go to the first one. Siapakah insan tersebut?? teng teng teng.. NORA AF4 (ye tau tau, dia tak popular mana, mesti ada yang tak sedar kemuncula dia dalam AF) How : Dia ni cousin kepada schoolmate aku masa sekolah menengah, namanya Syafikah.  Pernah sekali aku jumpa Nora AF4 ni di Show Gempak Selebriti Astro di Alamanda Putrajaya. Masa tu aku pun baru jejak bumi Semenanjung Malaysia.  Masa part minta signature artis tu sempat la jugak borak dengan dia ni tau tau orang belakang dah lama tunggu. hehe... tapi paling sampah sekali guard dia yang lebih lebih nak sound. Huh...  Second artist pulak..... ERRY PUTRA Pelakon & penyanyi  How : Ok macam ni, bff aku yang namanya Suraya ni ada seorang bf, bukan 2 atau 3 ok. Pendek cerita _akumemangpen

Tangga 25

Image
Pagi2 buta ni aku terpanggil untuk pergi ke SINI ... aku pun menteliti satu persatu... Waa... most of it IPTA.. terbit rasa cemburu dan terkilan sebab tak dapat masuk IPTA. hanya masuk Unisel jep.. tapi tak apa lah kan... mana2 pun sama saja. Apa yang penting kerjasama  niat nak menimba ilmu tu. Walau tinggi mana pun pencapaian  sesebuah universiti itu kalau kita sendiri tak berusaha tak boleh juga kan _ceh ayat sangat nak mensedapkan hati je_ anyway walaupun dapat no. 25.. adalah juga. Ko ada? Apapun terima kasih warga pendidik Unisel kerana telah membuka peluang untuk aku menimba ilmu dan merasa pengalaman bergelar Uniselian

Nak kahwin ka tidak? Version 1

Image
Kenapa mesti aku letak Version 1, kenapa tak version 2? Sebab..... suka hati ku lah.. hehehe... macam nak mendapat je ayat tu kan? Sabar tuanpuan bawak bertunang  bertenang oke. Version 1 ini hanya nak mengulas hal yang INI . Sejurus selepas aku mendapat berita peminangan tersebut yang membuat jiwa ku jadi dua, aku pun berfikir untuk berbincang dengan kedua kakak dan abang yang paling aku rapat ini. Aku mengharapkan agar mereka menyokong aku untuk tidak menerima, akan tetapi sangkaan ku meleset......... diorang pulak yang excited semacam. bukan main beriya lagi. Siap cakap.......... "Jadi bila lah ni?" - said Kakak "Mesti meriah sebab parents dia orang yang berpengaruh kat kampung" - said Abang "Yes, tahun depan ada lagi balik kampung ramai-ramai semua" - said Kakak "Kalau kau kahwin terpaksa aku berhenti kerja sebab orang paling sibuk" - said Abang Ish siapa yang kena proposed sebenarnya? Confused sudah... Tapi aku dah ambil keputu

Khurafat : dari pandangan kasar matahati ku

Image
Aku pun nak buat review jugak la macam dia ni. Sebab aku baru tengok semalam(20 Jan) dengan kawan yang entah bagaimana boleh terserempak pulak. Rezeki kot sebab orang belanja.. muah muah muah muahaha.. Orang beli, aku tumpang tengok saja. Bagi aku, cerita ni bukanlah hebat sangat seperti yang dicanangkan tapi kalau menurut aku plot cerita agak boleh boleh lah jugak sebab ending yang tidak dijangka. Cuma masih banyak kekurangan dari pandangan mata kasar ku yang terlalu mementingkan kelogikan. Bak kata caller HOT FM pagi tadi, katanya filem ni macam memperbodohkan penonton. Setuju aku disitu kerana logic kah ofis dia tu nyala lampu satu je. Kawasan lain semua gelap. Aku ni pun tak pernah lagi terlantar di hospital tapi setahu aku bukan lah hospital itu sebegitu rupa di malam hari. Kelakar ok Satu lagi yang aku kurang senang pabila setiap kali hantu muncul lepas tu hilang macam tu. Pandai pulak hantu main sorok sorok ya ? Lupa pulak kan.. masa dia kecik dia teringin sangat kot mai

Kanak kanak Sementara

Image
19 jan 2011 – 0100H Waktu ini aku bertukar sekejap menjadi seorang kanak2 bawah umur. Mesti kamu tidak percaya kan? Sebab aku sendiri pun tidak percaya.. hahah Entah macam mana boleh sesat. Ceritanya bermula begini, Tadi sedang aku tekun menyiapkan assignment.. aku pun mencari la bahan rujukan di dalam laptop ni. Agakagak macam dah nak siap, aku pun tekan la butang X pada penjuru atas sebelah kanan sebab masih ada lagi info yang tidak lengkap. Agak bosan jugak la lepas tu... Niat asalnya mau meng’unistall’ software yang kurang mendapat sambutan ku.. sekali terjumpa pulak satu folder yang pelik (seperti dalam gambar). Timbul pulak rasa tanggungjawab sebagai tuan punya laptop ini untuk aku mengetahui apa yang tersurat didalamnya. Ku buka lah folder itu lalu ku dapati ada nama anak saudara ku disitu. Hati ku megeluh “ah, ini mesti dia yang pandaipandai pegi install game ni, isk geramnya”. Di samping itu, aku pun cuba lihat satu persatu isi kandungan folder itu. Ah, ada ikon