Posts

Showing posts from June, 2011

Siapa gadis tu??

Image
Malam sudah berlalu... pagi pula mengambil ruang menemani insan yang lena dalam dakapan penemannya.. jam di lappy menunjukkan 2:44 pagi dan aku.. masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda mahu tidur.. pada awalnya aku mahu lelap kira-kira 2 jam yang lepas, tapi ntah kenapa.. ada saja bahan yang bisa membuatkan jiwa ini terus hanyut dibuai malam... Laman youtube terus di klik satu demi satu... daripada episod Shila Amzah.... terus kepada... Cikgu Shida... lalu jariku menuju ke video seorang gadis namanya Najwa Latif . terus saja ke sana ya.. sejujurnya... klik saja butang play, aku terus terpikat dengan suara gadis kecil ini.. Bagi aku suaranya lunak.. jarang sekali aku akan suka walau first time dengar.. tapi kali ini ya aku memang "thumbs up". Kalau ada butang like aku memang nak tekan juta-juta kali.. Dan aku akan terus klik setiap video yang di upload oleh dia..

Aku sayang........?

Image
Wahai Kekasih, Keluarga, Sahabat, Teman, Rakan, Jiran, mahupun sesiapa sahaja yang pernah dan sedang mengenaliku... doa ku pada anda semua agar kalian diberikan kesihatan dan kesejahteraan dalam hidup. Tabahlah menghadapi apa jua rintangan yang telah, sedang dan bakal ditempuh. Kerana sesungguhnya segala ujian yang datang itu adalah penyakit dan penawar kehidupan. Anggaplah ianya anugerah yang tidak ternilai dari Tuhan Yang Maha Esa kepada hamba-Nya yang dikasihi. Tanpa dugaan, hanyutlah manusia tanpa arah tujuannya. Syukurilah apa jua yang kamu miliki ketika ini kerana ianya tidak akan hadir untuk selama-lamanya. Kasihku pada kalian tidak melebihi cintaku pada Allah S.W.T dan Rasul-Nya dan tidak kurang dari sayang ku kepada alam ciptaan-Nya. Maafkanlah segala kekurangan, kelemahan dan kekhilafan diri ini. Kerana aku adalah hamba-Nya yang tidak pernah lepas dari silap dan dosa.